The medical and scientific information contained in this blog is a combination of my knowledge and personal experiences. It is not claimed in any way to be accurate.For a more professional opinion and advice,please consult your general practitioner.I shall not be held responsible or accountable in any way for any damages arising from this blog. Readers do so at their own discretion.

tetamu kite

Printer Ink

Saturday, May 23, 2009

Senaman dan Kesihatan

MAKAN SEBELUM BERSENAM

Bersenam memang baik untuk kesihatan.Seelok-eloknya jangan bersenam ketika perut kosong.Bagaimanapun ini tidak bererti anda perlu makan sekenyang-kenyangnya sebelum bersenam.Perlu dipastikan bahawa makanan yang anda ambil sebelum bersenam mestilah bersesuaian dengan senaman yang anda lakukan agar mendapat kesan yang memuaskan.

Berikut adalah cara memilih makanan yang sesuai untuk waktu bersenam dari Roberta Schwart Wennik,R.D, seorang konsultan gizi, dalam bukunya Beyond Food and Labels.

Bersenam pada waktu pagi
Sebelum bersenam,sebaiknya anda bersarapan pada sekitar 30 minit sebelum bersenam.Pastikan jumlah makanan yang anda ambil tidak terlalu banyak.Contoh makanan yang anda boleh ambil pada waktu pagi sebelum keluar bersenam ialah buah-buahan,jus buah dan roti tawar.Sarapan akan melengkapi simpanan glikogen pada malam hari untuk menjaga kadar gula dalam darah agar tetap normal sehingga dapat membantu mencegah kepenatan ketika berolahraga.

Bersenam pada waktu pagi atau petang
Satu jam sebelum bersenam,alasi perut anda dengan makanan ringan seperti beberapa keping biskut dengan keju rendah lemak,setengah potong sandwich berinti telur dan sayur-sayuran dan segelas dadih buah-buahan.

Bersenam pada waktu malam
Bagi mereka yang gemar bersenam pada waktu malam hari ,pastikan anda mengambil makan malam satu atau dua jam sebelum bersenam.Sebaliknya,makanan yang anda makan mestilah mengandungi lemak yang rendah.Hal ini kerana makanan yang mengandungi lemak yang tinggi memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicernakan.Anda boleh mengambil makanan ringan pada waktu petang sekitar jam 5.00 petang.Ini bagi membolehkan anda untuk menikmati makan malam selepas satau jam bersenam.

TIP PENTING KETIKA MAKAN
Pola makan yang sihat amat penting kerana ini adalah kunci kesihatan kepada tubuh kita.Untuk mendapat tubuh yang sihat,pastikan anda mengambil makanan mengikut
kesesuaian tubuh kita.Berikut beberapa tip penting untuk diamalkan:
 Waktu makan malam yang ideal ialah sekitar jam 7.00 malam.Paling lewat untuk mengambil makan malam ialah sekitar jam 8.00 malam.Anda masih boleh makan sekitar jam 9.00 malam hingga 10.00 malam tetapi pastikan anda tidak terus tidur dalam tempoh dua jam selepas makan.Cara untuk anda mengatasi rasa lapar pada malam hari ialah dengan minum susu.
 Sebelum makan,amalkan minum segelas air putih.Ini akan membuatkan perut anda keying.
 Makanlah sayur-sayuran terlebih dahulu,kemudian nasi dan lauk pauk.
 Setelah makan,lakukan aktiviti fizikal yang agak ringan seperti mengangkat pinggan mangkuk ke dapur dan seterusnya mencuci pinggan mangkuk,mengelap pinggan mangkuk yang telah dicuci,membersihkan meja makan,menyapu lantai ruang makan dan sebagainya.

ADAKAH KAMU MEMERLUKAN ZAT BESI ?
Adakah anda pasti zat besi yang terkandung dalam tubuh anda agak rendah? Mempunyai zat besi yang mencukupi adalah baik untuk diet anda.Jawapannya boleh diketahui dengan melihat tanda-tanda berikut yang terdapat pada diri anda:
 Adakah anda sering berasa penat?
 Adakah anda sukar untuk memberikan sesuatu tumpuan keatas sesuatu perkara lebih daripada lima minit.
 Adakah anda kelihatan pucat?
 Adakah anda kelihatan tidak berdaya dan lemah? Tidak mempunyai tenaga untuk melakukan kerja lebih?
 Asakah anda selalu pitam?
Jika kesemua soalan diatas jawapannya ‘eyai’ anda berkemungkinan besar mengalami kekurangan zat besi.Pastikan tubuh anda tidak mengalami kekurangan zat besi.Ambil zat besi yang mengandungi oksigen didalam darah sebagai keperluan sel dalam badan.Apabila ia berada di dalam sel badan,zat besi dan oksigen akan berperanan penting untuk mengekalkan tenaga.
Jika badan mempunyai zat besi yang cukup,anda mempunyai banyak tenaga dan boleh melakukan kerja-kerja anda yang banyak tanpa sebarang gangguan kesihatan.

No comments:

Post a Comment