Sudah hampir seminggu tahun 2011 menyinarkan diri...tahun baru,azam baru tapi aku tetap yang sama,tiada baru nya,azam lama pun tak tertunai lagi...cuma keadaan persekitaran yang jauh berbeza.
Duduk termenung ditepi jendela.....hanya memerhatikan keadaan diluar sana gelap dan sunyi...sekarang jam menunjukkan 10 mlm.......musim sejuk waktu nya lebih panjang dari siang....
Diwaktu siang yang dapat dilihat jalan-jalan raya atau dipavement memutih dek salji yang semakin menebal kedingin yang tak tertanggung.....sejuk sehingga ketulang kering ku...
Pokok-pokok yang selalu berdaun hijau kini hanya tinggal ranting yang menunjang kering.pemandangan yang sangat cantik!!
Salji yang menebal hingga kebetis yang buat sukar untuk berjalan...aku ni memang malas nak keluar....tapi kekadang tu aku berjalan-jalan di taman yang berdekatan hanya untuk merasa salji yang turun....sungguh seronok
Lagu penyanyi Krisya berkumandang dari laptop ku...pertama kali aku mendengar lagu yang sungguh mendayu-dayu membuai perasaan ini dan sungguh mengasyikkan.
Kekosongan amat ku rasa.....gurau dan tawa mu bertandang mengisi ruang kosong yang hanya untuk mu
Hati ini sedikit kecewa..kerana aku tidak dapat lagi untuk menjenguk dirumah yang aku kunjungi hampir 6 tahun yang lalu...hanya kerana sedikit kesilapan yang aku lakukan...aku cuba untuk hubungi tuan 'rumah' untuk aku berkunjung ke'sana'....tapi sejauh ini belum ada jawapan lagi...akan aku tunggu jawapan nya..
Teman sering bersama untuk mengisi kesunyian ku....ramai kenalan....
Ok lah tak tau apa yang nak tulis lagi....kalau ada kesempatan akan ku sambung


